Kembara : Aqobah
Assalamualaikum;
WARNING : Entry ini sangat sarat dengan gambar. Kepada pelawat yang mempunyai masalah akses internet yang agak slow, harap anda dapat bersabar. Terima kasih di atas kesabaran anda..
Bagi meraikan berakhirnya peperiksaan akhir semester kami pada kali ini, kami seramai 19orang yang menaiki 1biji van dan 2biji kereta (betul ke eh penggunaan biji tu?) yang kami sewa khas bagi merealisasikan impian kami untuk melepaskan penat lelah kami sepanjang 4bulan mengadap buku tanpa jemu. Terima kasih aku ucapkan kepada Encik Zaki kerana memberi aku peluang untuk menyertai perkelahan ini. Inilah merupakan lawatan aku yang terakhir ke pantai Aqobah dengan adik-beradik kita yang aku rasa paling best selama aku belajar di sini. Lebih menggembirakan apabila aku telah berjaya lulus dengan cemerlang bagi kesemua matapelajaran terakhir aku di sini. So, bila menyertai perkelahan ini, lagilah rasa sangat gembira kerana tidak lagi perlu memikirkan apa-apa perkara berkaitan dengan pelajaran. Ngeh3x..
Sedikit Info : Aqobah merupakan 1-1nya kawasan pantai yang ada di negara Jordan ini. Aqobah terletak di kawasan paling selatan Jordan iaitu lebih kurang 350KM dari Amman ke arah selatan. Bila di campur perjalanan kami dari Mafraq, jumlah KM yang perlu kami lalui adalah lebih dari 400KM+/-. Pada kebiasaannya Aqobah adalah pilihan utama bagi pelajar Malaysia di sini bagi mengadakan program-program hari keluarga, jalan-jalan Jordan dan sebagainya. Dari Aqobah, kita boleh melihat Israel dengan jelas dan merupakan jalan air utama ke Mesir dengan menaiki feri mahupun bot laju.
21 Jan 2010
2000 - Kami memulakan perjalanan - Gambar dirakamkan di hadapan rumah kami..
2115 - Tiba di Amman - CityMall - Budak-budak ini shopping sakan ni butik Topman. Ada SALE katanya...
Harga semurah JD7 = RM35 bagi sepasang baju.. Murah ke? Murah la kot.. Butik kannn..
Ada yang beli baju, ada beli seluar.. Macam-macamlah.. Aku? Tak ada beli pun... Hehe..
2300 - Penat shopping, lepak minum-minum kejap di StarBuck. Merealisasikan impian KL yang nak sangat minum-minum kat sini.. haha.. Layannnn
22 Jan 2010
0034 - Chow dari CityMall bergerak ke RnR kawasan Airport untuk makan malam. Kami ada membawa bekalan makanan sendiri iaitu nasik goreng dengan ayam goreng, so kami makan sahaja bekalan yang kami bawa itu dengan bertemankan suhu yang sejuk pada ketika itu, 5celcius... Tu mulut KL berasap-rasap tu... Tangan sakit..Sejuk!
0115 - Selesai makan, kami terus bergerak ke Aqobah dan berhenti di beberapan RnR untuk pekena teh, nescafe atawpun kopi bagi menghilangkan ngantuk terutamanya driver-driver..
0525 - Sampai Aqobah, berhenti di masjid negeri Aqobah untuk menunaikan fardhu Subuh secara berjemaah. Hari itu hari jumaat, maka imam itu mengadakan bacaan dari surah sajadah berserta sujud sajadah sekali. Alhamdulillah ~
Lepas sembahyang, kami buat halaqoh sikit di masjid, sambil merehat-rehatkan badan setelah semalaman berada di dalam kereta.
0730 - Sarapan pagi
0830 - Mula bersiar-siar di tepi pantai sambil menaiki bot kaca - Daya penarik utama di pantai Aqobah ini. Bot kaca adalah sebuah bot yang berlantaikan kaca yang membolehkan kita melihat apa yang terdapat di dasar laut. Di dalam laut Aqobah ini terdapat 2biji kereta kebal yang digunakan semasa perang terhadap Israel dan sebuah kapal yang telah karam. Kita juga boleh melihat karang-karang di dasar lautan yang pastinya menarik perhatian para pengunjung.
0900 - Selesai menaiki bot kaca. Kami bergambar beramai-ramai. Seramai 18orang terdapat di dalam gambar ini. Manakala tiada di dalam gambar adalah tukang ambil gambar iaitu Encik Blink
Encik Blink si tukang ambil gambar.. Ngeh3x
0930 - Bergerak ke kawasan mandi manda. Kemudian, ada yang bermain bola sebelum mandi. Ada yang duduk-duduk je tepi laut. Ada yang masak air. Ada yang main kamera sambil melakukan lagak-lagak ganas untuk dirakam..
1000 - Mandiiiii...
1200 - Kembali ke bandar Aqobah untuk mencari tempat penginapan.. Kami tidur di sini
1330 - Selepas solat jamak taqdim. Kami zzzzzzz........ Saaaammmmmpppaaaaiiiiii.....
2300 - Hambek! pukul11mlm baru bangun. Tapi tak apa... Memang dalam jadual pun.. kiki..
22 Jan 2010
0030 - Bergerak keluar dari hotel menuju ke kawasan BBQ untuk makan malam...
0100 - Tugas di agih-agihkan ada yang menanak nasi, ada yang goreng sayur. ada yang bakar ayam dan ikan....
0300 - Makanan semua hampir siap di masak oleh semua petugas-petugas. Sambil-sambil itu ada juga yang bertugas sebagai penghibur. Menghiburkan kami sepanjang waktu memasak.. Nyanyi ramai-ramai...
0330 - Encik Blink menyalakan unggun api supaya kami dapat menghangatkan badan kerana cuaca agak sejuk malam itu.... Kemudian, kami pun makan mengelilingi unggun api itu kemudian terus duduk berceritera bersama-sama.. Menanyi bersama-sama.. Gelak- gelak... Sangat sweet masa ni.. awwwww....
0510 - Mendirikan sembayang subuh secara berjemaah di persisiran pantai yang berbumbungkan langit... Dan terus lepak sampai cerahhh...
0900 - Ada yang pulang ke hotel - terutama driver-driver bagi mempersiapkan diri untuk berjaga bagi mengemudi kenderaan untuk pulang ke Mafraq. Ada juga yang mandi laut..
1200 - Kene kejut dengan pekerja hotel suruh check-out. haha. Check-out hotel. Bersiar-siar di bandar Aqobah
1400 - Bergerak pulang...
1500 - Perjalanan tergendala sebentar sebab tayar van ada masalah... Alhamdulillah, walaupun kami pelajar agama, tapi kami juga mampu untuk menukar tayar van dgn baik.. Perjalanan di teruskan...
1400 - Bergambar kali terakhir di KM 299 ke Amman
2100 - Sampai Amman. Lepak-lepak Amman serta makan malam
2300 - Bertolak pulak ke Mafraq
23 Jan 2010
0035 - Tiba ti Mafraq
Secara tulus ikhlasnya, pada malam korang nyanyikan lagu "Bila anap sudah tiada" itu... aku tersangatlah touching. Aku tak boleh nak cakap apa masa tu.. Sebab itu aku senyap je malam itu. Kalau aku cakap je.. Tobat aku dah nangeh2 dah.. kantoi la kann.. Hahaha... tapi apa-apa pun.. memang sangat best!
Yeah.. sepanjang perjalanan berkelah kita ini macam-macam yang kita perolehi. Baik buruk itu lah adik beradik kita. Nak tak nak kena terima juga. Merekalah orang yang paling hampir dengan kita..
Terima kasih lagi kepada semua yang terlibat. Terima kasih kerana ajak aku join 1x. Semua orang gila pada hari itu macam dah tak ingat dunia. Walaupun aku paling tua. Tapi aku rasa muda sangat malam itu. hahaha...
*Video on the way. Encik Pali Pelangi tengah bertungkus lumus siapkan video "Pahit Kahit Aqobah" yang bakal di tayangkan nanti.. Tunggu....
*Alhamdulillah, dapat jugak aku hapdet blog aku neh. Aku sniri ingtkan maleh dah.. haha...
5 Orang Berani Mati:
hehehe.. best2 kn.. wt nie kenangan taw nap.. hak3... ko post lak yg ko gerak ke turkey .. mne la nk taw spe2 kot yg berminat nk gerak ke sana.. maklum la bermain ski katakan.. hak3
mabruk dah khirij !
kepulanganmu dinanti oleh warga tmn bukTi :P
walaupun aku tau antara umah kite dah ada highway 5 minit, tapi aku tetap sedih memikirkan yg ko akan balik mlysia kurang dari 100 jam lg.. :(((
alahai..rileks la teman2...insyallah..ada rezki,ada masa kita jumpe lagi...ronggeng2 lagi..haha...klu xronggeng pun..kita bukak kitab al-hikam..baca sama2..keyh?haha
alaaaa janganla sedeysedey wehhhh ..
dia nak balek ke pangkal jalan nehh ..
sgt baek utk orgorg tertentu taw ..
happylaa happylaaaaaa ..
haha :p
Post a Comment