Kembara : Turkey - Seribu Memori
Assalamualaikum;
Ehem2...Warning mcm biasa... Tak larat nak tulih dah. Copy paste pun da xlarat. Haha. So, dengan entry Turkey - Seribu memori ni aku nak cerita pulak perjalanan aku bila dah sampai ke negara itu pulak. Aku pun tak tahu sebab apa aku tulih nama tajuk ni seribu memori. Itu je yang terlintas masa ni.. kira ok la tu kan? Layannn...
Sesampai je aku ke Istanbul itu, kami terus di bawa ke hotel dan bersarapan pagi ala turkish kata saudari Faiz Ali, sahabat yang belajar di Turkey yang menjadi penunjuk arah kami sepanjang kami berada di sana. Dia lah yang menerangkan segalanya berkenaan dengan tempat-tempat yang kami lawati di sekitar Istanbul ini.
Selepas bersarapan, kami terus memulakan aktiviti bersiar-siar di sekitar Istanbul. Kami tidak mahu bazirkan masa yang ada. Kalau nak ikutkan memanglah penat setelah hampir 27jam perjalanan yang kami tempuhi dari Damascus ke Istanbul. Tapi kalau setakat nak tidur je kat istanbul ni, baik balik rumah je kan. Tidur kat rumah lagi baik. Tak payah datang jauh-jauh. So, dengan semangat yang ada, kami terus memulakan langkah kami.. Destinasi yang pertama, Masjid Sultan Ahmet. HOTEL : 15euro untuk 1malam
Perjalanan kami di teruskan ke Makam nabi Yusyak yang terletak di atas bukit yang tinggi, di luar bandar Istanbul. Kubu nabi itu panjang. Tapi di kabarkan bahawa kepanjangan itu menjadi perselisihan di mana ada yang mengatakan saiz nabi itu sendiri adalah sepanjang itu adan ada pula yang mengatakan sengaja di bina panjang untuk mengagungkan taraf nabi itu sendiri...TIKET : FREE
Kemudian kami ke Miniaturk. Kat situ merupakan raplika-raplica bangunan seluruh turkey ada kat situ. Kalau kat malaysia ini, mcm kat terengganu, taman tamadun Islam kat Kuala Terengganu. Aku pernah pergi ke situ. Sila click sini. Lebih kurang gitu laa... Cuma yang lagi bestnya kat sini, nampak tak barcode kat tiket tu, bila kita touch tiket tu kat reader sesatu bangunan tu, nanti ada suara bagi penerangan berkenaan dengan bangunan itu. Tiket : 10YTL
OK...sampai sini dulu lah...angin2 malas da datang..nanti kalau angin rajen datang lagi.hapdet lagi lah..banyak lagi tak citer neh..oklah babai

Keadaan Istanbul pada masa ini masih di hujani dengan salji-salji yang memutih. Tapi tak ada lah tebal mana pun, biasa-biasa je la. Tapi bolehhhh laaaa lagi kalau nak usik-usik kan...
Masjid Sultan Ahmet ini atau lebih dikenali dengan blue mosque ini merupakan salah satu mercu tanda Istanbul yang wajib di lawati oleh semua pelancong. Di sinilah letaknya cerita-cerita yang mengagumkan di sebalik pembinaan masjid ini. Semua Saudara Faiz itu ceritakan. Aku amat kagum dengan pengetahuan yang dimiliki oleh saudara Faiz berkenaan dengan sejarah Istanbul. Siapa-siapa yang pergi-pergi sendiri tu...rugi laaaa...anda pasti tidak dapat mendengar cerita-cerita itu secara LIVE yang macam kami semua dengar... Ngeh2... TIKET : PERCUMA

Jika anda berkunjung di Istanbul dan anda mempunyai masalah kewangan, Jangan risau kerana di sekitar Istanbul sangat banyak booth-booth ATM untuk anda cucuk duit. Tapi pastikan baki di dalam akaun anda mencukupi supaya anda boleh membuat pengeluaran dengan hati yang gembira...
Kemudian kami terus ke Muzium Topkape (Sebutan sebenar ye tuan2) kat situ di pamerkan pelbagai barangan zaman-zaman dulu-dulu akan tetapi lebih kepada zaman pemerintahan sultan-sultan yang terdahulu la. Apa yang membuatkan muzium ini wajib lawat adalah ada dipamerkan janggut Nabi Muhammad, serban tongkat nabi Musa, selipar dan macam-macam lagilah. Aku pun da tak ingat da apa. Lagi pun sebab dalam kawasan muzium itu tidak d benarkan untuk mengambil gambar... Sedey... TIKET MASUK : 20YTL
Dari belakang muzium itu pula ada tempat yang boleh kita tengok pemandangan jambatan Sultan Ahmet al-Fateh di mana jambatan itu menghubungkan di antara dua benua iaitu benua asia dan benua eropah. Istanbul merupakan sebuah negeri yang mempunyai dua benua. Lalu yanghubungkan antara dua benua itu adalah jambatan itu lah (Aku rasa mcm ulang balik ayat yang sama je) memandangkan cuaca amat sejuk dan berkabus ketika itu, so pemandangan kurang baik. Kalau datang time musim panas.. confirm clear gile!
Pada malam itu kami menghadiri beberapan jemputan serta makan malam dengan beberapan buah NGO yang terdapat di Istanbul ini. Setelah majlis selesai, di perjalanan pulang, memandangkan hotel kami dekat dengan Masjid, so on the way balik tu, dari jauh tersergam indah masjid Sultan Ahmet al-Fateh pada waktu malamm... So sweettt
**************************************************
Pada esok die tu pulak, kami melawat Aya Sofia. Merupakan sebuah gereja pada asalnya, kemudian di tukar menjadi sebuah masjid dan kemudian di tukar pula menjadi muzium pada zaman Mustafa Kamal at-tartuk.. tgk la kat gambar itu, di situ terdapat mihrab tempat imam, tapi kat syiling die ada terdapat gambar Mary dan anaknyer Jesus. TIKET : 20YTL
Sebagai ole-ole dari turkey, kami membeli manisan yang di perbuat dari kacang yang di saluti dengan madu ini. Sedap. Tak berapa manis. Not bad laa.... Ada jugak yang membeli teh perasa epal.. anda boleh membeli belah di Spice bazaar. Dekat dengan perhentian trem : Eminonu. Tiket trem boleh di dapat di stesen trem yang berhampiran dengan berharga 1.50TYL kemana-mana.
Bagi melengkapkan percutian ilmiah kami, kami lewati universiti Istanbul.. Universiti ini sangat klasik. Lihat sahajalah pintu gerbangnya. Tapi malangnya, kami sekadar 'melewati' bukan melawati ok? haha..
Ini adalah Grand Bazaar. Nak beli t-shirt, nak beli miniture bangunan-bangunan, nak beli magnet tuk lekat kat peti ais..macam-macamlah...semua ada kat sini. di katakan kat sini je ada lebih 10000 kedai yang menjual perlbagai barangan hasil tempatan mahupun dari luar..
Perjalanan kami di teruskan ke Makam nabi Yusyak yang terletak di atas bukit yang tinggi, di luar bandar Istanbul. Kubu nabi itu panjang. Tapi di kabarkan bahawa kepanjangan itu menjadi perselisihan di mana ada yang mengatakan saiz nabi itu sendiri adalah sepanjang itu adan ada pula yang mengatakan sengaja di bina panjang untuk mengagungkan taraf nabi itu sendiri...TIKET : FREE
Ada lagi 1 tempat di atas bukit yang diberi nama Camlica (Sebutanya aadalah Chamlija). Bukit ini merupakan kawasan paling tinggi di Istanbul. Boleh naik ke atas bukit ini dengan menggunakan kenderaan. TIKET : FREE. Cuma tropong itu berbayar HARGA : 1YTL sekali tgk.
Kemudian kami ke Miniaturk. Kat situ merupakan raplika-raplica bangunan seluruh turkey ada kat situ. Kalau kat malaysia ini, mcm kat terengganu, taman tamadun Islam kat Kuala Terengganu. Aku pernah pergi ke situ. Sila click sini. Lebih kurang gitu laa... Cuma yang lagi bestnya kat sini, nampak tak barcode kat tiket tu, bila kita touch tiket tu kat reader sesatu bangunan tu, nanti ada suara bagi penerangan berkenaan dengan bangunan itu. Tiket : 10YTL
OK...sampai sini dulu lah...angin2 malas da datang..nanti kalau angin rajen datang lagi.hapdet lagi lah..banyak lagi tak citer neh..oklah babai
Sertai Komen Berani Mati Di Sini
Post a Comment