Wednesday, February 24, 2010

Kembara : Turkey - Satu Permulaan

Assalamualaikum;

WARNING : Entry ini agak sarat dengan gambar. Yela, entry berkenaan dengan pengembaraankan. Kalau tak ada gambar. Boring la kan. So, bagi bot-bot kecil yang mempunyai akses internet yang agak slow. Harap bersabar yer.. Terima Kasih


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi aku peluang untuk aku melihat kebesaranNya dalam misi pengembaraan kali ini. Maka berjalan dan bermusafirlah aku dalam perjalanan yang memakan masa sehari setengah yang melewati hampir 4000km -/+ pergi dan balik itu amat memberikan pengalaman terakhir yang begitu indah tatkala berada di timur tengah. Lebih menyeronokkan apabila pengalaman indah indah ini dikongsi bersama-sama dengan 'kawan baru' yang tak pernah kenal sebelum ini, tetapi bermusafir bersama lantas membina memori yang begitu indah bersama-sama.. Gagagaga..haha

Ok, bagi entry kembara kali ini aku sekadar nak tulis sebagai panduan kawan-kawan lain yang kalau-kalau nak pergi la kan... Harap-harapnya panduan ini berguna untuk semua.

Langkah 4000km bermula dengan mengambil teksi dari Hayy Dhubat ke Mujammak Irbid bagi destinasi yang pertama iaitu Syria. Kita mesti memalui Syria untuk ke Turkey. Makanya, langkah kedua iaitu dari mujammak Irbid ke Ramtha dengan menaiki bas dari situ. Di situ anda boleh mengambil bas ke Ramtha. Tambang : 40qirsh

Hayy Dhubat - Mujammak Irbid : 70qirsh (Taxi)
Mujammak Irbid - Ramtha : 40qirsh (Bas)

Sebenarnya anda boleh memilih samada menaiki bas ataupun menaiki taxi bagi siapa-siapa yang mempunyai bajet yang lebih. Dari Hayy Dhubat terus ke Syria dengan bertambangkan JD10. Mudah! Ok, kita sambung perjalanan kita..

Dari Mujammak Irbid akan sampai ke Mujammak Ramtha. Dari mujammak Ramtha akan kelihatan ramai 'kutu-kutu' teksi yang berusaha untuk mencari penumpang teksi mereka bagi laluan Mujammak Ramtha - Dara'a

Mujammak Ramtha - Dara'a : JD2.500 (Service)

Dari Ramtha ke Dara'a kita akan menempuh border antarabangsa Jordan - Syria. So, pastikan anda mempunyai passport yang sah. Di border, tiada apa-apa bayaran dikenakan. Jika tiada sebarang masalah, sampai la ke Karaj Dara'a..

Di Karaj Dara'a anda perlu mengambil bas untuk ke Damascus - Karaj Sumariah. Ada perkhidmatan bas yang banyak di situ. Perlu di ingatkan kini anda sudah berurusan dengan menggunakan matawang LIRA Syiria

Dara'a - Karaj Sumariah : Syp 80 (Bas)

Maka, sampai la anda ke Karaj Sumariah. Kalau anda power, anda boleh je berhenti tepi-tepi jalan untuk ke destinasi berikutnya. Tapi kalau takut, tunggu je la sampai ke bus station Karaj Sumariah. Pastu dari situ, carik teksi pulak untuk ke Karaj Pullman

Karaj Sumariah - Karaj Pullman : SYP150-200 (Taxi)

Bila dah sampai Karaj Pullman ini, maka anda sudah bersedia untuk perjalanan 4000km.. Yeah!

****************************************

Di Karaj Pullman, ada banyak syarikat bas yang menawarkan perjalanan terus ke Istanbul ataupun destinasi-destinasi lain jika anda berhajat untuk transit di mana-mana sebelum sampai ke Istanbul. Pilihan terletak di tangan anda, anda yang menentukan. Akan tetapi, bagi perjalanan aku yang tak sabar-sabar ni, tu yang carik terus bas ke Istanbul. Dengan betambangkan USD40 anda boleh dapat bas terus ke Istanbul dari Damascus

Damascus (Karaj Pullman) - Istanbul Otogar : USD40 (Bas)

Perjalanan dari Damascus ke Istanbul amat tabah kerana anda bakal menempuh jam perjalanan selama 25jam. So, pandai-pandai la anda siapkan Mp3 ke, apa-apa ke..

Bas itu tidak lah direct ke Istanbul. Anda perlu tukar bas apa bila sampai di Antakya (Bagi syarikat yang aku naik ni la - Ozhan)

Pastu ada jugak la berhenti-berhenti di negeri-negeri yang terpilih. Yang macam aku ingat, Adana, Ankara dan banyak lagi laaa.. Sebab tu lembab..

Bila dah masuk je negara Turkey, so segala urusan beli belah adalah menggunakan Lira Turkey (YTL) So, siap-siapkan lah duit Turkey.

Bagi perjalanan aku kali ini, memandangkan musim sejuk.. Tak hujan, salji. tu je la. tapi anda jangan risau. Bas itu di lengkapi dengan pemanas hawa yang best. So, anda tidur sahaja. Bawak penutup mata yang dalam flight bagi tu best jugak. Sebab dalam bas die bukak tv. boring. certa turkey. tak faham.. Maka tunggu je la sampai anda smpai di Istanbul Otogar.

Perjalanan kami dari Damascus yang di jadualkan pada 10malam 26 Jan, lantas kami tiba di Istanbul 7pagi 27Jan... Lalu berjumpa dengan pelajar Malaysia yang belajar di Turkey lalu kami di bawa ke hotel
- - Anzac Wooden House -

Dah penat! Sambung nantilah!

4 Orang Berani Mati:

.0hbintang!. said...

alah . engatkan banyak na gambar . huh

anap_ilmi said...

memula ingt nak tulih smpai abeh..ttb penat pulak..hehe

JHaZKiTaRo said...

selamat2.. salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

Unknown said...

ooo..tq2...rasa kite penah jmpe dlm blog jgk laaa..ahakz

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO