Semasa : Ready For Boarding!
Assalamualaikum;
Nampaknya seperti tidak mampu untuk menyoroti setiap kisah sejak dari seperbalikkan aku ke Malaysia ini. Tak apalah. Tiada apa yang menarik pun untuk dikongsikan melainkan review filem-filem baru yang ditayangkan di pawagam. Selain daripada itu, event-event yang aku ikuti daripada anjuran pelbagai pihak. Perjumpaan adik beradik serta pengalaman interview buat pertama kalinya dan sebagainya. So, lupakan sahaja entry-entry itu, kita terus ke 'semasa' sekarang ini. Ini di sebabkan aku MALAS! Ok la, tak ada idea laa nak tulis.. Hehe..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam yang telah menetapkan segala-galanya hatta perjalanan seorang hambanya. Dari perkara sekecil-kecilnya, sehinggalah perkara yang sebesar-besarnya yang kadang kala di luar dari kotak pemikiran kita. Maha suci Allah, Dialah yang menghidupkan dan Dia jualah yang mematikan, dari Dia kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali...


Menyorot kembali perjalanan ke tanah suci aku sebelum ini, di sini dan di sini, aku pasti perjalanan kali ini amat berbeza kerana aku datang dari Malaysia dengan menaiki pesawat. Kalau dari Jordan dulu, hanya dengan menaiki bas selama 30jam lamanya serta bersama rakan-rakan. Akan tetapi kali ini aku datang bersama keluarga! Seperti doaku itu dimaqbulkan oleh Allah, kerana aku benar-benar berharap aku akan kembali ke tanah suci dengan keluarga!
(Alamak, gambar tak ada laa... hardisk aku rosak pulappp. Tapi gambar itu masih segar dalam memori aku..ahakz)
Sekali lagi aku diberi peluang untuk berkhidmat dengan mak dan abah aku! Alhamdulillah. Haritu mak abah aku datang melawat aku di Jordan. Kini ke tanah suci pula. Semoga aku diberi kekuatan sekuat mak dan abah membesarkan aku! Terumanya menjaga mak yang sakit. Perlu berkerusi roda setiap masa. Semoga aku diberi kekuatan. Kerana sudah pastinya inilah yang akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup aku yang bakal aku kongsikan bersama-sama dengan anak cucu aku kelak..
Mengikut perkiraan aku, aku mula meinggalkan rumah sejak aku berumur 13tahun dan kini 26tahun, 13tahun aku meninggalkan rumah, tinggal di luar rumah. Sesekali berpeluang baru pulang. Setelah aku menamatkan pengajian aku ini, barulah aku dapat duduk bersama dengan keluarga. Jadi aku rasa, inilah masanya untuk aku berkhidmat untuk keluarga. Terutamanya mak abah yang tidak pernah jemu menjaga aku dari kecil sampai la gedabak macam ni. :)
InsyaAllah, aku akan kembali semula ke tanah tumpah darah pada 24 April 2010 dengan menaiki pesawat yang sama.. Aku mohon pada semua agar doakan agar di permudahkan segala urusan dan semoga selamat pergi dan kembali..
Wassalam...
Seterusnya...